Friday, October 21, 2011

•❤•Qurban•❤•

 
“Dari Aisyah r.a. katanya; Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tiada 
amalan anak Adam pada hari Aidil Adha yang disukai Allah selain 
daripada menyembelih korban. Korban-korban itu akan datang 
kepada orang yang melakukannya pada hari kiamat seperti keadaan 
semula, iaitu dengan anggotanya, tulangnya, tanduknya dan 
bulunya. Darah korban itu lebih dahulu jatuh ke suatu tempat yang 
disediakan Tuhan sebelum jatuh ke atas tanah. Oleh sebab itu, 
berkorbanlah dengan senang hati”.

(at-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Thursday, October 20, 2011

•❤•Hadith•❤•

             Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan

                      sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, 

                    kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."



Sunday, October 16, 2011

•❤•Kata-kata Hikmah & Perumpamaan Arab•❤•

الزوجة الصالحة ذات الأخلاق المحمودة مهمة في الأسرة


وهي تحافظ على مروءتها ومربية الأبناء عند غياب زوجها


لا فائدة الزوج الغنى إذا كانت الزوجة شريرة







Saturday, October 15, 2011

•❤•Hadith•❤•

Hadith : Dari Abu Hurairah r.a. katanya, “Bersabda Rasulullah s.a.w.: Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan dari Allah pada hari kiamat, bahkan akan mendapat siksa yang pedih; iaitu

si tua bangka yang berzina...!
 

raja atau kepala negara atau penguasa yang pendusta...! dan
  

fakir yang sombong...!


Hadis riwayat (Muslim(

Sunday, October 2, 2011

•❤•Kebaikan Berbekam•❤•



Antara kebaikan berbekam :
ü Menyihatkan tubuh badan
 
üAwet muda
 
üMerawat resdung
 
üMerawat penyakit migrain
 
üMerawat penyakit ghout
 
üMerawat lenguh-lenguh dibadan/ kaki
üMembuang toksid dari badan
 
üMembuang darah kotor dari badan
 
üMerawat kolestrol yang tinggi
 
üMerawat sakit lutut
 
üMerawat haid tidak teratur
 
üMerawat penyakit darah tinggi
 
üMerawat masalah paru-paru/ athma
 
üMerawat sakit pinggang
 
üMerawat alergi
 
üMelancarkan perjalanan darah
 
üMerawat hormon tidak stabil
 
üMembuang angin dari badan

•❤•Mutiara Kata•❤•

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti akan mati. 



Cintai siapa saja yang kamu senangi sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. 



Lakukanlah apa saja yag kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperolehi balasannya. 



Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan.


Wednesday, September 21, 2011

2 Syarat Diterima Amal Ibadah


Al-Fudhail bin ‘Iyadh menafsirkan firman Allah ‘Azza wa Jalla:

لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلاً

“…untuk menguji siapa di antara kamu yang paling baik amalnya.” (QS. Al-Mulk: 2)

Beliau berkata, “Yakni, yang paling ikhlas dan paling benar dan (sesuai tuntunan Allah). Sesungguhnya amal itu apabila ikhlas tapi tidak benar maka tidak akan diterima; dan apabila benar tetapi tidak ikhlas juga tidak akan diterima. Jadi harus ikhlas dan benar. Suatu amalan dikatakan ikhlas apabila dilakukan karena Allah, dan yang benar itu apabila sesuai Sunnah Rasulullah.”

(Kitab Jami’ Al ‘Ulum wa Al Hikam I/36).

Thursday, September 8, 2011

•❤•Pantun Nasihat•❤•



Dua tiga kucing berlari,
Manakan sama si kucing belang,
Tutup aurat hiasi peribadi,
Negara sejahtera ummah cemerlang.


Berjalan-jalan ke pulau pandan,
Bersama rakan jua taulan,
Jaga batasan lelaki dan perempuan,
Pergaulan bebas harus dielakkan.


Mencari buluh didalam belukar,
Untuk dibuat lemang di aidil fitri,
Amar maaruf nahi munkar,
Muslim sejati Islam dihormati.


Jalan-jalan cari makan,
Makan di tepi jeti Lepat,
Ringan tulang jadikan amalan,
Hidup berkat bahagia pun dapat.


                                            




•❤•Mutiara Kata Imam Al-Ghazali•❤•


Kata Imam Al-Ghazali didalam kitabnya Ihya' Ulumuddin : Ilmu fardhu 'ain yang wajib dipelajari oleh setiap Muslim yang mukallaf ialah 

1-Asas-asas tauhid,


2-Cara-cara beribadah kepada Allah, 


3-Perkara yang halal dan haram dalam Islam, 


4-Ilmu akhlak


Wednesday, September 7, 2011

•❤•Mutiara Kata Imam Al-Ghazali•❤•


Kata Imam Al-Ghazali : 

Yang jauh itu WAKTU,

yang dekat itu MATI, 

yang besar itu NAFSU,

yang berat itu AMANAH, 


yang mudah itu BERBUAT DOSA,


yang panjang itu AMAL SOLEH, 


dan yang indah itu SALING MEMAAFKAN


...'aiSyah hUmaiRa'...

Monday, August 15, 2011

•❤•Pembuka Bicara•❤•



Bismillahirrahmanirrahim... Alhamdulillah selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W., para sahabat serta tabi' tabi'ien. Thanks to God because bini'matihi we still alive untill today. Di dalam blog ini I want to share some advice untuk pedoman dan renungan kita bersama kerana 'Addinu Nashihah'. Semoga segala kebaikan dan keikhlasan kita semua diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin Al-Khattab r.a. berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : "Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkannya."